Thursday, August 18, 2016

:: Kisah Kembar 1 : Excited ker bila tau mengandung kembar? ::


Tak dinafikan anak kembar ni nampak comel..sebab tu agaknya ramai antara kawan-kawan yang suka share tips nak dapat bayi kembar. Oh, kenapa diri sendiri tak macam tu ye sebelum mengandungkan si kembar? Padahal kalau diikutkan genetik kembar dalam keluarga  memang agak kuat.

Emak sendiri mempunyai 3 orang adik beradik dan kedua-duanya mempunyai anak kembar. Sepupu emak belakang rumah juga kembar. Belah abah pulak, saya ada 3 orang sepupu yang mempunyai kembar. Hebat kan keturunan kembar kitorang?Hiks..

Nak dijadikan cerita, emak yang takde anak kembar telah dapat cucu kembar pula. Ini dinamakan rezeki. Uish, memang tak expect langsung ada dua bayi dalam kandungan yang kedua. Suami apatah lagi..mungkin waktu lepas bagitahu dia, dia terus garu kepala kot! Haha..Suami siap fikir sampai nak tukar kereta waktu tu. Adoi, apa kaitan kereta dengan kembar bang oi?! Iyelah, nanti ada dua orang bayi campur Luqman dah berlima. Nak sumbat pampers dua katon lagi kan ke tak muat bonet kereta MyVi. Haha..exaggerate sungguh my husband nih!

Masa first scan during confirmation of this pregnancy, Dr. just tengok heartbeat dan kandungan tu je..Memang tak de cakap pun pasal twin! Kandungan kembar ni baru dapat dikesan sewaktu buka buku merah di klinik kesihatan pada minggu kesembilan. Ni dah citer kat entry dulu2..Masa tu rasa pelik sangat bila doktor tu scan perut lama, padahal waktu dah menghampiri 5 petang (waktu klinik dah nak tutup kan?). Ooeeeemmmgeee, rupanya dia nak pastikan kandungan tu betul-betul kembar. Dang, masa tu terus speechless!


Remarks:

1- Perkara paling simple namun ianya penting untuk ingatan even bagi diri sendiri. Parents perlu redha dan syukur dengan kehamilan nie..especially when it comes to unpredicted or 'accident' pregnancies. Maklumlah, kadang-kadang cabaran mengandung kembar ni lebih..Morning sickness terukla, ulang-alik hospital la, perut rasa nak meletop la. Memang haru kalau hati tak happy..

2-Lepas ni if we confirm pregnant, better tanya Dr. single baby or more..Tak kesahlah ada keturunan kembar ke tak. Supaya precaution dapat dilakukan lebih awal, persediaan mental dan fizikal juga. Takziah to my good friend yang kehilangan kembar dia seawal waktu 12 minggu kehamilan dan hanya dapat tahu bila baby dah takde. Bukan salah sesiapa pun, just takde rezeki. Kalau tak, both of us ada kembar, dear!

3- Berita baik ni apa salahnya kalau kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat. Selain boleh mendoakan, mereka juga boleh membantu/memahami semenjak daripada kehamilan si kembar lagi. Sebagai contoh, emak sayalah yang turut bersengkang mata bila si kembar buat hal masa dalam pantang di kampung. Dua-dua suasah nak tidur..so, saya handle sorang, emak tolong dodoikan seorang lagi. Macam emak saya, dia dah paham sebab pernah jaga 2 orang adik ada kembar. Situasi ibu lain mungkin berbeza.

4- Suami, pleaaaaasseee jadi rajin. You gonna be a father of multiples!
Sian tau wife kalau nak kendalikan kembar sorang-sorang. Itu kalau takde anak lain, kalau ada anak lain lagilah sibuknya. My husband memang independent orangnya..Masa morning sickness mengandung Luqman, pukul 3 pagi dia tolong masakkan nasi goreng. Masa kembar, siap pergi Empire Subang carikan pavlova sedap. Pregnant kali ni, dia siap belajar dan buat tepung talam sebab ada orang tu merajuk sebab tak belikan kuih manis-manis kat bazar Ramadhan. Kononnya apepun tak selera, nak tu je..Ngehngeh, I know ngada sangat. Tapi sebab tu kot my husben ada anak kembar! =)





Comel ke ada kembar?? Hukhuk, inila style terbaru diorang bertangkap gambar..sangat tak memberi kerjasama! *iconmatakeatas*



No comments:

Post a Comment